twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Bajet 2010 Beraspirasi:People First, Performance Now!

Salam 1Malayisa dan Perperiksaan akhir semester yang bakal berakhir jua!!..yeeeaa!

Adui sememangnya lama sudah aku tak menghidupkan bateri blog aku nii dan mengecasnya semula dengan isu baru..huuu..Apakan daya, masa membataskan pergerakan kita...

Baiklah tak nak komen panjang-panjang, celoteh sana celoteh sini..takde apa-apa..heee...

Kali ini aku nak berkongi pandangan mengenai bajet 2010 yang telah dibentangkan oleh PM kita iaitu Dato' Seri Najib yang agak-agak masih baru lagi dan masih diperkatakan oleh masyarakat setempat. Mungkin orang kata kat aku..."oi dah lambat la ko nak bagi komen din'...'apalah dah nak masuk sebulan baru nak cerita..carilah yang hangat lagi'..ceh. itu semua cakap-cakap jer..hehe..Biar..sebab apa yang perlu diperkatakan adalah aku ingin masyarakat tidak lupa mengenai intipati sebenar melalui pembentangan Bajet 2010 yang menjurus ke arah pembangunan holistik rakyat Malaysia dan menepati aspirasi 1Malaysia, 'Rakyat Didahulukan, pencapaian Diutamakan'

Jom aku akan kupas satu persatu mengenai apa yang akan dilaksanakan melalui bajet 2010.

  • CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU
  1. Kadar maksimum dikurangkan kepada 26%
  2. Pelepasan diri dinaikkan kepada RM9000
  3. Pelepasan cukai sehingga RM500 bagi yuran langganan jaur lebar
  4. Pelepasan cukai bagi caruman KWSP dan permium insurans hayat dinaikkan kepada RM7000
Komen aku:
Memang kalau sebut pasal cukai semua orang akan garu kepala sebab cukai mahal barang mahal...Tapi dalam pembentangan bajet kali ini ia bukan lagi menekankan kepada berkaitan dengan cukai barangan tetapi mengenai kehidupan.Bagi emmastikan kerajaan benar-benar mengutamakan rakyat makan golongan berpendapatan rendah akan hanya dikenakan cukai 26% ini akan meningkatkan kadar kesenangan hidup rakyat yang berpendapatan sederhana justeru bakal mencetuskan produktiviti kerja yang baik daripada rakyat sebagai imbalannya dan yang paling menarik cruman KWSP tidak akan dikenakan cukai sejajar dengan matlamat KWSP ini iaitu menyediakan kesenangan dan keselsaan di hari tua..maka sekurang-kurangnya rakyat dapat merasai 100% carumannya selepas bersara hasil dari titik peluh mereka sendiri.

Kita boleh lihat juga kesungguhan kerajaan dalam memastikan rakyat tidak terbeban dengan tuntutan teknologi yang semakin berkembang maka pelepasan cukai terhadap yuran langganan jalur lebar kini akan miningkatkan penggunaan teknologi di kalangan rakyat sekaligus memastikan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'..
  • KAKITANGAN AWAM
  1. Gred 41-54 dan setaraf serta pesara wajib dapat RM500 Disember ini(2009)
  2. Pinjaman pembelian komputer setiap 3 tahun sekali
  3. Peruntukan RM200,000 kepada setiap kementerian dan jaatan untuk menyediakan pusat jagaan dan pendidikan anak.
Komen aku:
Yeaaa! bergembiralah pulak kakitangan kerajaan dapat tambahan RM500 untuk bulan disember ini..sebelum ini ramai yang merungut kepada kerajaan yang hanya kakitangan sokongan sahaja yang mendapat RM500 ketika bulan raya..tapi kerajaan tahu dan perihatin kali ini giliran anda pula untuk yang bergelaran kakitangan kerajaan mendapat RM500.Suka??..sukaaa...semuanya untuk rakyat dan juga bagi memastikan prestasi daripada rakyat dinaiktaraf..cumanya kenapa pinjaman pembelian komputer hanya untuk 3 tahun sekali yee??..emm..sebabnya ia seakan menjadi slogan 'siapa cepat dia dapat'..mungkin kerajaan boleh bincangkannya kembali mengenai tempoh masa tersebut..

Penyediaan pusat jagaan kanak-kanak dan pendidikan disetiap kementerian dan jabatan adalah satu langkah baik bagi menghilangkan kerisauan kakitangan mengenai anak-anak yang sekaligus boleh menganggu prestasi kerja, haa..nanti tiadalah lagi alasan datang lewat, tak dapat datang kerja awal, siapkan kerja 'not just in time' yang semuanya alasan berkaitan anak-anak dapatlah dihilangkan sebab bawa je anak-anak ke tempat kerja...ada orang tolongjaga dan kita pun boleh pantau setiap masa sekaligus meningkatkan prestasi kerja..'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'
  • PELAJAR
  1. Biasiswa nasional untuk 30 pelajar terbaik ke universiti tersohor didunia
  2. PTPTN menjadi biasiswa bagi pelajar lulus Ijazah Kelas Pertama
  3. Diskaun 50% tambang KTMB jarak jauh untuk pelajar berusia 13 tahun keatas
  4. Bayaran RM50 sebulan selama 2 tahun bagi pakej notebook TERMASUK perkhidmatan jalur lebar percuma kepada 100,000 pelajar universiti tempatan
Komen aku:
Semangat nak belajar makin tinggilah sebab kalau dapat ijazah kelas pertama, PTPTN jadi biasiswa.Tak payah bayar hutang sebab kerajaan bayarkan!..yeaa(bestnya aku)..terima kasih Pak Jib..memang 'Rakyat didahulukan Pencapaian iutamakan' juga pembayaran RM50 sebulan bagi notebook selama 2 tahun adalah satu pertolongan kerajaan kepada pelajar yang sememangnya emerlukan notebook bagi melengkapkan pembelajaran yang selesa dan sempurna.Perkara ini telah lama dibangkitkan mengenai adanya ketidakmampuan pelajar untuk mendapatkan notebook makan atas dasar keprihatinan aku sokong usaha kerajaan yang membantu untuk mengurangkan beban pelajar. Semuanya bagi memastikan pelajar dapat menjalankan pembelajaran yang selsa dan sempurna sekaligus membekalkan tenaga modal insan yang cemerlang untuk negara Malaysia.

Sedikit sangsi...mengenai siapa agaknya yang dapat jalur lebar percuma ye.pakej tu datang sekali dengan pelajar yang beli notebook yang bayar RM50 sebulan tu atau ada lain caranya..emm..kena tunggu ni..kalau dapat untung..tak yah berebut nak pegi lab komputer kat kampus hehe..'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'
  • PETANI DAN NELAYAN
  1. Subsidi harga padi RM400 juta
  2. Subsidi Baja RM300 juta
  3. Insentif peningkatan pengeluaran hasil padi dan subsidi beras RM220 juta
  4. Ellaun saraan hidup dan insentif untuk nelayan RM170 juta
Komen aku:
Tanpa petani tak merasalah kita boraih...tanpa nelayan makan jerla ayam hari-hari..hehe..Jadi kedua mereka ini sangat penting.Bagi merangsang semngat mereka ini bagi terus menyumbang kepada pemakanan rakyat 1Malaysia, kerajaan memberikan subsidi baja sebagai contohnya untuk memastikan dapat membantu petani secara khsususnya bagi meningkatkan pengeluaran tanaman dan memberikan hasil yang terbaik dengan penggunaan baja.Ia sedikit sebnayak telah membantu kos pengeluaran dari petani itu sendiri.

Aku tengok juga, dengan pemberian insentif terhadap peningkatan pengeluaran padi dan beras juga kepada nelayan insentif dan elaun saraan hidup sememangnya banyak membantu mereka bagi merasai kesenangan hidup.Contohnya nelayan, sekiranya musim tengkujuh melanda, dimaknakah lagi mereka boleh mendapatkan kewangan??..maka dengan pemberian insentif terhadap mereka sekaligus ini akan meningkat semangat untuk mempertingkat hasil nelayan dan juga kebimbangan mengenai kelangsungan hidup yang tidak menentu dapat distabilkan melalui pemberian elaun saraan hidup..'Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan'
  • USAHAWAN
  1. RM200 juta untuk TEKUN TERMASUK tambahan RM20 juta untuk peniaga kecil India
  2. Premium serendah RM20 sebulan bagi insurans dan Takaful bernilai RM10,000-Rm20,000 untuk peniaga kecil
  3. RM57 juta untuk pembelian ruang niaga dan infrastuktur skim kilang bimbingan.
Komen aku:
'9/10 keuntungan adalah hasil daripada perniagaan' inilah kata-kata semangat yang sering dijulang oleh umat islam bagi menjana ekonomi ummah seperti yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W. maka untuk itu, aku melihat peluang perniagaan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat sangat luas dan bersifat 'give and take' dimana kerajaan sedia memberikan bantuan kepada siapa yang ingin memulakan perniagaan dan seterusnya boleh menjana pendapatan negara..tetapi mungkin ada yang berbunyi dibalik cerita 'kenapa india dikhususkan dalam peruntukan??kata 1malaysia???..."..sememangnya dikalangan rakyat Malaysia, India adalah paling kurang berniaga..berbanding kaum melayu dan cina.Maka bagi menghayati prinsip 1Malaysia, kerajaan tidak mahu melihat ketidakseimbagnag berlaku dalam sektor perniagaan.untuk itu, galakan kerajaan kepada kaum India adalah satu anjakan kepada kaum India utnuk samasama memikul tanggunjawab menjana pembangunan negara selaras dengan aspirasi 1Malaysia..paling penting disini, peniaga kecil akan dibantu abgi memastikan keselamtan perniagaan mereka sedikit sebanyak hasil bantuan insurans dan takaful daripada kerajaan kerana mereka ini baru memulakan perniagaan.manalah tahu, malang tidak berbau.

Juga lihat untuk memacu pncapaian rakyat dalam sektor perniagaan, kerajaan memberikan galakan melalui bantuan kewangan belian ruang niaga dan infrastruktur bagi meningkatkan potensi perniagaan dikalangan rakyat Malaysia..Betullah 'Rakyat didahulukan' Pencapaian diutamakan'
  • PENGGIAT SENI
  1. Dana industri kreatif RM200juta
  2. RM3 juta geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni
Komen aku:
Satu perkembangan yang baik untuk industri seni perfileman dan muzik.Selama ini, karyawan tempatan sering dibelenggu oleh masalah kewangan bagi menghasilkan filem atau muzik yang berkualti tinggi.Tetapi dengan pemberian dana industri kreatif sememangnya akan banyak membantu penggiat-penggiat seni tanah air untuk terus menyumbangkan dan menghasilkan karya-karya yang bermutu untuk mengangkat nama Malaysia melalui industri seni yaang sememnagnya telah banyak memberikan sumbangan kepada negara dan yang paling penting mengenai penubuhan tabung kebajikan ini akhirnya dapat melenyapkan segala kerisauan kepada penggiat seni kita mengenai masalah yang bakal menimpa sekiranya mereka tidak dapat lagi mencari rezeki melalui industri ini disebabkan penyakit dan sebagainya.Jadi, kerajaan memandang serius mengenai isu-isu yang melibatkan penggiat seni yang tidak dapat membiayai bayaran peubatan dang sebagainya maka dengan pelancaran tabung akhirnya dapat membantu dalam merungkai masalah kebajikan yang sering melanda penggiat seni tatkala tiba musim otang melupakan kita...lepas ini bolehlah buat karya tanpa rasa gundah kan David teo..hehejangan pandang belakang terus kedepan sebab 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'
  • ORANG KURANG UPAYA DAN WARGA EMAS
  1. RM224 juta untuk Program OKU
  2. RM174 juta untuk bantu warga emas
  3. Elaun pelajar OKU sekolah pendidikan khas NGO dinaikkan kepada RM150 sebulan
Komen aku:
Masih ada lagi untuk mereka yang kurang upaya dalam negara kita.Sekali-kali kerajaan tidak memandang mengenai usaha golongan ini terhadap pebangunan negara.Selaras dengan itu, bantuan dan dana bagi memastikan mereka tidak dilupakan dan dipingirkan diberikan kerana mereka juga adalah warga Malaysia yang menyumbang kepada kemakmura negara..juga kepada warga emas tidak pernah dilupak oleh kerajaan selama mana pemerintahan dan pentadiran dilaksanakan.Semuanya sebagai menghargai semangat 1malaysia..
  • GOLONGAN BEKERJA SENDIRI
  1. Sumbangan 5% daripada kerajaan ke dalam caruman setiap RM100 bagi Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia selama 5 tahun tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM60 setahun
Komen aku:
Haa, yang bekerja sendiri pun dapat juga keistimewaan daripada kerajaan walaupun nampak seidkit namun tidak sekali dipinggirkan kerana 1Malaysia kerana golongan ini juga komited dalam menjana kemkmuran negara maka adalah satu langkah yang baik dengan sumbang kerajaan sebanyak 5% dalam setiap caruman sebagai 'hadiah' unutk mereka ..

KESIMPULAN: Tiada siapa yang dipinggirkan dalam bajet 2010 ini.Ini semuanya dilakukan bagi memastikan 'RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'

"MARILAH KITA MEMBUAT SATU TRANSFORMASI BESAR-BESARAN SERAYA MENJULANG MALAYSIA TERCINTA INI KE PERSADANYA" - PM MALAYSIA, DATO'SERI NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK

1MALAYSIA
'PEOPLE FIRST, PERFORMANCE NOW'

0 Styler: